Selasa, 14 Oktober 2014

Apabila Semua Urusan Diserahkan Kepada Orang Lain

Assalamualailkum........

Sekadar perkongsian sahaja, sejak akhir-akhir ini fenomena menghantar anak-anak belajar ke sekolah rendah swasta menjadi trend ibu bapa. Banyak sebab yang mendorong mereka, antaranya:
  1. Kurikulum dan slilibus pembelajaraan setanding sekolah kerajaan
  2. Bimbingan kelas agama disediakan
  3. Senang sebab bas hantar dan ambil
  4. Bebas dari pengaruh atau anasir yang tidak islamik.
Itu antara beberapa sebab yang memungkinkan ibu bapa beria-ia menghantar anak-anak se sekolah swasta yang dilihat pada dasarnya cukup seimbang dunia dan akhirat. Apa yang menarik perhatian pada hari ini berapa ramai ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sampai langsung meninggalkan kewajipan kepada Allah ( Solat ).Teringat kata-kata seorang guru kepada Sultan Muhammad al-fateh ketika ditawarkan ganjaran yang cukup lumayan oleh Sultan Murad untuk mengajar anaknya mengaji Al-quran tetapi jawapan yang diberikan oleh guru tersebut cukup dalam maknanya..

TIADA APA YANG LEBIH BERHARGA DAN BERNILAI BAGI DIRIKU JIKA ANAK TUANKU MAMPU MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN DENGAN BAIK. BAGI DIRIKU IA LEBIH MAHAL HARGANYA DARI HADIAH PEMBERIAN TUANKU.




 Jika hendak dibicarakan berkaitan tentang ketegasan Nabi Muhammad berkaitan solat memang banyak tetapi hadis ini jelas menegaskan ketegasan kepada Ibu bapa khasnya dalam mendidik anak bersolat.

 Perintahkan kepada anak-anak kalian untuk solat ketika umur tujuh tahun, dan pukullah mereka (jika tidak mau solat) ketika mereka sudah berumur sepuluh tahun, dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur (HR. Abu Daud)

 Persoalannya : Siapakah yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak bersolat, ibubapa, guru KAFA atau pembantu rumah..sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan