Selasa, 14 Oktober 2014

Apabila Semua Urusan Diserahkan Kepada Orang Lain

Assalamualailkum........

Sekadar perkongsian sahaja, sejak akhir-akhir ini fenomena menghantar anak-anak belajar ke sekolah rendah swasta menjadi trend ibu bapa. Banyak sebab yang mendorong mereka, antaranya:
  1. Kurikulum dan slilibus pembelajaraan setanding sekolah kerajaan
  2. Bimbingan kelas agama disediakan
  3. Senang sebab bas hantar dan ambil
  4. Bebas dari pengaruh atau anasir yang tidak islamik.
Itu antara beberapa sebab yang memungkinkan ibu bapa beria-ia menghantar anak-anak se sekolah swasta yang dilihat pada dasarnya cukup seimbang dunia dan akhirat. Apa yang menarik perhatian pada hari ini berapa ramai ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja sampai langsung meninggalkan kewajipan kepada Allah ( Solat ).Teringat kata-kata seorang guru kepada Sultan Muhammad al-fateh ketika ditawarkan ganjaran yang cukup lumayan oleh Sultan Murad untuk mengajar anaknya mengaji Al-quran tetapi jawapan yang diberikan oleh guru tersebut cukup dalam maknanya..

TIADA APA YANG LEBIH BERHARGA DAN BERNILAI BAGI DIRIKU JIKA ANAK TUANKU MAMPU MEMBACA DAN MENGHAFAL AL-QURAN DENGAN BAIK. BAGI DIRIKU IA LEBIH MAHAL HARGANYA DARI HADIAH PEMBERIAN TUANKU.




 Jika hendak dibicarakan berkaitan tentang ketegasan Nabi Muhammad berkaitan solat memang banyak tetapi hadis ini jelas menegaskan ketegasan kepada Ibu bapa khasnya dalam mendidik anak bersolat.

 Perintahkan kepada anak-anak kalian untuk solat ketika umur tujuh tahun, dan pukullah mereka (jika tidak mau solat) ketika mereka sudah berumur sepuluh tahun, dan pisahkanlah mereka dari tempat tidur (HR. Abu Daud)

 Persoalannya : Siapakah yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak bersolat, ibubapa, guru KAFA atau pembantu rumah..sekian.

Isnin, 6 Oktober 2014

 Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah Taala tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sokongan dari ibu bapa ( Hj Suhib & Hjh Arpah ) isteri tercinta ( Faezah bt Jahar ) dan buat permata tercinta Anis Sofea yang mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan. Semoga rahmat Allah Taala sentiasa dan akan terus merahmati kehidupan kita sekeluarga...amin

Anis Guest House ( asalnya rumah tamu Anis Sofea ) mula beroperasi pada bulan Julai 2012 dan hanya dilengkapi beberapa kemudahan asas sahaja. Berkat bantuan kewangan dari ibu bapa dan isteri pada Ogos 2014 lengkaplah segala kemudahan dan kelengkapan untuk semua pengunjung yang sudi memilih Anis Guest House sebagai destinasi pilihan anda.Kadar sewaan hanyalah RM 200 sahaja semalam. Isnin-Ahad termasuk public holiday atau cuti sekolah.

Syarat dan Peraturan

Check-in : 2.00 pm
Check-out : 12.00 pm
* ( Boleh runding )


 Tiada bayaran deposit dikenakan, telefon / mesej sehari sebelum tarikh check-in untuk confirmation.


  Anis Guesthouse hanya untuk pengunjung muslim, mahram dan berkeluarga sahaja

Anis Guesthouse dilengkapi :

  • 3 bilik tidur ( bilik tidur utama dilengkapi penghawa dingin + kipas siling )
  • Katil dan tilam queen setiap bilik
  • 2 bilik air  
  • Peti sejuk dan mesin basuh
  • Dapur gas
  • TV 
  • Kelengkapan dapur
  • Extra toto dan bantal
  • Sterika + iron bord
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

BILIK TIDUR UTAMA



BILIK TIDUR 2 & 3



RUANG TAMU & MEJA MAKAN









Asal Usul Bukit Gambang

Ntah betul atau tidak.....

Awal tahun hingga hujung tahun 1990-an kawasan bukit gambang hanyalah sebuah hutan belantara sahaja. Dalam hutan itu masyarakat khususnya warga felda lepar hilir mengambil hasil hutan untuk tambahan sara diri ( almaklumlah harga getah pun tak mahal ). Pekhidmatan bas ekspres atau bas henti-henti pastinya akan berhenti di simpang 3 menuju ke gugusan felda lepar hilir ( kalau sampai malam gerenti kecut perut )...masa tu mana ada highway lagi..mati hidup jalan kuantan-maran-temerloh lah jalan utama..

Itu cerita lama..last-last tahun 2008 dengar cerita nak buka satu taman tema air terbesar kt pantai timur, katanya kt gambang....terlintas dalam kepala mana tempat nak buat, nak dijadikan cerita maka hutan yang menyimpan banyak kenangan bagi warga lepar terpaksa dikorban demi untuk pembangunan....katanya. Sejak tarikh itu bekerjalah jentolak bekerja siang dan malam mengeluarkan balak dan meratakan tanah untuk membina sebuah taman tema air yang anda kenali sebagai BUKIT GAMBANG THEME PARK

Serba sedikit gambar dalam Bukit Gambang Theme Park

layout dalam Bukit Gambang Theme Park  Boleh plan nak pergi mana dulu, kalau menapak jauh, mau tercabut kepala lutut.

Tempat ni namanya Coco Beach, semua barang kena sewa, tak de benda yang free, nak mudah tuala bawalah sendiri