Selasa, 18 November 2014

Apabila mereka bersuara

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas kelahiran ke-2. Ahmad Luqman b Afendi semoga besar nanti menjadi anak yang soleh. Cuti rehat yang diberikan selama 7 hari rasanya tak cukup, penat kesana kesini tapi semuanya dipermudahkan oleh Allah.
Nak tergelak dibuatnya bila ada cakap-cakap kosong dari mereka yang hanya mendapat sumber dari media sosial sahaja, ceritanya begini.....
Bukan niat untuk menceritakan keburukan sesiapa tetapi gunakanlah akal anda bila berbicara,sebab akal itulah yang membezakan anda dan lembu. Apa yang telah FELDA lakukan untuk membantu generasi keduanya. Semua yang dilakukan langsung tidak memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan... kenapa ini terjadi. Jom kita fikirkan sejenak.
  1. Setiap peneroka diberikan jumlah keluasan tanah dan tapak rumah yang sama, kira-kira 10 ekar maka duit dari hasil ladang untuk menyara ahli keluarga jadi hak dapat sama rata. Betulkan....
  2. Setiap anak peneroka tetap mendapat kemudahan pelajaran. Syukur kepada Allah kerana kedua ibu bapaku sanggup bersusah payah untuk mencari duit untuk menghantar aku dan adik beradik ke sekolah. Di pemikiran mereka 30 tahun akan datang adakah akan wujud lagi program penempatan peneroka ?
  3. Anak peneroka yang tidak mampu membeli rumah ditawarkan perumahan generasi kedua tapi bukan mampu dimiliki tapi hanya mampu ditengok sahaja....kenapa jadi begini ?
  4. Sifirnya mudah sahaja, setiap pinjaman perumahan memerlukan down-payment sebanyak 10%. Peminjam juga perlu mengemukakan slip gaji 3 bulan.( kalau silap betulkan.... ), yang menjadi masalah mereka yang memohon langsung tak bekerja, jadi tak layak la jawabnya...
  5. Mereka ini mengamuk tak tentu pasal bila permohonan kena reject, harapkan FELDA memang tak boleh harap.....banyak cantik semua nak kena tolong.
  6. Ingat dulu masa zaman sekolah, budak-budak tak boleh kena marah, pukul,paksa nanti jadi bodoh...penyudahnya anak siapa menjadi dan anak siapa yang tidak menjadi.Tepuk dada tengoklah realiti.
  7. Bapa kita semua dimainkan oleh felda untuk tanam semula, dulu kini dan selamanya berhutang. Kalau cerdik kenapa tak buat sendiri,sedar dirilah sikit, hidup pun menumpang di rumah mak ayah,kerja pun malas...itu pun ada gaya nak sembang hebat..
  8. Sampai bila orang melayu nak hidup atas keistimewaan orang melayu. Tiba masanya orang melayu kena belajar hidup sendiri...



p/s : Maaf jika ada yang terasa, tapi kadang-kadang panas jugak telinga   
         bila berdepan dengan manusia yang bercakap ikut sedap mulut.