Isnin, 6 Oktober 2014

Asal Usul Bukit Gambang

Ntah betul atau tidak.....

Awal tahun hingga hujung tahun 1990-an kawasan bukit gambang hanyalah sebuah hutan belantara sahaja. Dalam hutan itu masyarakat khususnya warga felda lepar hilir mengambil hasil hutan untuk tambahan sara diri ( almaklumlah harga getah pun tak mahal ). Pekhidmatan bas ekspres atau bas henti-henti pastinya akan berhenti di simpang 3 menuju ke gugusan felda lepar hilir ( kalau sampai malam gerenti kecut perut )...masa tu mana ada highway lagi..mati hidup jalan kuantan-maran-temerloh lah jalan utama..

Itu cerita lama..last-last tahun 2008 dengar cerita nak buka satu taman tema air terbesar kt pantai timur, katanya kt gambang....terlintas dalam kepala mana tempat nak buat, nak dijadikan cerita maka hutan yang menyimpan banyak kenangan bagi warga lepar terpaksa dikorban demi untuk pembangunan....katanya. Sejak tarikh itu bekerjalah jentolak bekerja siang dan malam mengeluarkan balak dan meratakan tanah untuk membina sebuah taman tema air yang anda kenali sebagai BUKIT GAMBANG THEME PARK

Serba sedikit gambar dalam Bukit Gambang Theme Park

layout dalam Bukit Gambang Theme Park  Boleh plan nak pergi mana dulu, kalau menapak jauh, mau tercabut kepala lutut.

Tempat ni namanya Coco Beach, semua barang kena sewa, tak de benda yang free, nak mudah tuala bawalah sendiri





Tiada ulasan:

Catat Ulasan