Ahad, 21 Disember 2014

Banjir Datang Lagi....

Assalamualaikum.....

Lama tak update blog,biasalah hujung-hujung tahun,agak sibuk dengan peperiksaan pelajar, ditambah lagi dengan kehadiran orang baru. Kakak pulak buat hal dia.....pening2.
Macam biasa setiap kali hujung tahun musim tengkujuh melanda kawasan pantai timur semenanjung dan setiap kali tengkujuh pasti ada kawasan rendah yang dinaiki air. Sememangnya Allah Taala menciptakan kejadian alam cukup sempurna tetapi perbuatan tangan-tangan manusialah yang menyebabkan alam hilang keseimbangan.
Sempena musim cuti sekolah dan musim perkahwinan ini Alhamdulillah Anis Guest House menerima banyak tempahan, terima kasih diatas kesudian tuan/puan menginap di Anis Guest House, mohon maaf diatas kekurangan dan ketidak sempurnaan. Insyaallah tahun hadapan terdapat lagi beberapa penambahan peralatan dan kelengkapan untuk kemudahan dan kesenangan tuan/puan dan harga pun masih kekal.

Jangan tidak percaya inilah keadaan sekarang bertarikh 22 Disember 2014 sekitar jam 12 tengahari. Simpang utama yang menghala ke BGRC dan Taman Gambang Damai tenggelam sepenuhnya...



Juga kelihatan air melimpahi longkang utama dan mula membanjiri kaki lima kedai...
Masalah ini terjadi setiap kali berlakunya hujan lebat, tidak kira musim,jika hujan lebat seharian pasti terjadinya banjir kilat. Ntah apa dan dimana silapnya. Pemaju macam buat-buat tak nampak pulak,rasanya sudah banyak kali kejadian ini terjadi..wakil rakyat kat mana...wakil rakyat kat mana...wakil rakyat kat mana.Mungkin perkara ini boleh diselesaikan jika sistem perparitan dan saliran ditambah baik, takkan nak tunggu PRU nanti baru nak buat...


1 ulasan:

  1. The Fastest Titanium Alloy in History, Built in History
    The fastest, most efficient and fastest alloy that ecosport titanium exists titanium white octane is a titanium babylisspro nano titanium hair dryer oxide. titanium mens wedding bands The alloy itself is shaped by a titanium scrap price series of different graphite

    BalasPadam